Kereta kebal Arjun
Kereta kebal Arjun

Kereta kebal Arjun

Arjun (Bahasa Sanskrit: अर्जुन) adalah sebuah kereta kebal utama yang dibangunkan oleh firma India iaitu DRDO (Defence Research and Development) untuk kegunaan Tentera Darat India. Ia dinamakan Arjuna, sempena nama dewa India dalam cerita epik 'Mahabharata'.Kereta kebal Arjun telah dibangunkan oleh Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidik Kenderaan Tempur (“Combat Vehicle Research and Development Establishment” bagi memenuhi keperluan oleh Tentera India.Pada awal tahun 1970-an, berikutan dengan pengalaman dalam pengeluaran di bawah lesen bagi Sistem Pertahanan Vickers kereta kebal utama Mk 1 105mm (dikenali tempatan sebagai Vijayanta), keputusan diambil bagi mereka kereta kebal utama baru di India yang kemudiannya dikenali sebagai Arjun.Ia direka oleh Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidik Kenderaan Tempur dengan bantuan banyak kemudahan lain di India termasuk juga sektor swasta di India dan seberang laut.Prototaip pertama Arjun disiapkan pada tahun 1984 dan sejak itu sejumlah 12 prototaip telah disiapkan dan 32 kenderaan pre-keluaran telah di bina di Kilang Kenderaan Berat di Avadi di mana pengeluaran Vijayanta dan lebih terkini, Russian T-72M1 (dipanggil Ajeya) telah dilakukan.Tatarajah Arjun adalah konventional dengan ruang pemandu disebelah hadapan kanan, turet ditengah dengan komander dan jurutembak di kanan turet dan pemuat disebelah kiri dengan pek kuasa dan transmisi di belakang. Meriam kereta kebal 120mm berpilin distabilkan sepenuhnya dan menembak amunisi tunggal. Satu mesingan 7.62mm dipasang co-axial dengan persenjataan utama dan satu mesingan 12.7mm dipasang di bumbung turet untuk tujuan Myosri@2MMmmpertahanan udara.Peralatan piwaian termasuk sistem kawalan tembak, sistem pandang siang/malam, sistem NBC dan tong bahan api jarak jauh yang dipasang di bahagian belakang badan.

Kereta kebal Arjun

Senjatakedua Mesingan anti pesawat HCB 12.7mm
Mesingan sepaksi Mag 7.62mm Tk715
Lebar 3.864 m
Aneka Tank EX
Sistem ampaian Hydropneumatic
Panjang 10.638 m
Pereka CVRDE, DRDO
Armor Armor komposit Kanchan.
Enjin Enjin diesel MTU 838 Ka 501
1400 hp (1040 kW)
Jumlah dibina 60
Krew 4 (komander, penembak, pengisi peluru dan pemandu)
Kos unit AS$3.4 juta (Rs 14 crore)[1]
Jarakoperasi 450 km
Jenis Kereta kebal utama
Tempat asal India
Dihasilkan 2004 - sekarang
Tinggi 2.32 m
Kelegaan bumi 0.45 m
Dalam perkhidmatan 2007 - sekarang
Senjatapertama Meriam berpilin 120 mm
Peluru berpandu anti kereta kebal LAHAT
Peluru HEAT, APFSDS dan HESH
Direka Mac 1974 - sekarang
Kapasiti minyak 1610 Liter
Berat 58.5 tan
Kuasa/berat 24 hp/tan
Digunakan oleh Tentera Darat India
Pengeluar Heavy Vehicles Factory, Avadi

Rujukan

WikiPedia: Kereta kebal Arjun http://164.100.24.208/ls/committeeR/PAC/5th.htm http://www.bharat-rakshak.com/LAND-FORCES/Army/Ima... http://video.google.com/videoplay?docid=-399711999... http://www.hindu.com/2007/05/13/stories/2007051301... http://www.india-defence.com/reports-3199 http://www.india-defence.com/reports/3097 http://www.india-defence.com/reports/3098 http://www.youtube.com/watch?v=pXQrbVcCD64 http://frontierindia.net/arjun-mbt-weight-implicat... http://frontierindia.net/arjun-mk2-the-futuristic-...